Friday, May 31, 2013

Press Coverage


Petikan dari akhbar Berita Harian, Jumaat, 31 Mei 2013 di ruangan Sastera oleh Latifah Ariffin.



Proses demokrasi dalam lukisan - Petikan dari akhbar Mingguan Malaysia, 19 Mei 2013 (Ruangan Lukisan, m/s 25) oleh Rasdan Ahmad.

Majlis Perasmian Pameran 'Mera'i Demokrasi'


























Sekitar Majlis Perasmian Pameran "Mera'i Demokrasi" oleh pelukis-pelukis mapan dan generasi baru terdiri daripada Suhaimi Fadzir, Raja Ahmad Aminullah, Akhmal Asyraf, Amir Firdaus Ahamad Tamizi, Faiz Yunus, Haafiz Shahimi, Khairi Shamsudin dan Alicecia Tan. Pameran ini akan dirasmikan oleh YB Datuk Seri Ahmad Shabery bin Cheek, Menteri Komunikasi dan Multimedia pada 19 Mei 2013 (Ahad) jam 2.30 petang

Friday, May 17, 2013

Pameran Seni Berkumpulan - Mera'i Demokrasi ( 11 Mei - 8 Jun 2013)


Jemputan ke Perasmian Pameran "Mera'i Demokrasi" oleh pelukis-pelukis mapan dan generasi baru terdiri daripada Suhaimi Fadzir, Raja Ahmad Aminullah, Akhmal Asyraf, Amir Firdaus Ahamad Tamizi, Faiz Yunus, Haafiz Shahimi, Khairi Shamsudin dan Alicecia Tan.

Pameran ini akan dirasmikan oleh 
YB Datuk Seri Ahmad Shabery bin Cheek,
Menteri Komunikasi dan Multimedia

pada 19 Mei 2013 (Ahad) jam 2.30 petang

di R A Fine Arts - The Gallery
A4-1-3A, Block A4, Solaris Dutamas,
No.1, Jalan Dutamas 1, 
50480 Kuala Lumpur.

Pameran ini berlangsung dari 11 Mei - 8 Jun 2013.

Semua dijemput hadir.

Jualan Buku di Pasar Boco, Laman Budaya, Shah Alam


Jom sertai kami di Pasar Boco pada hari Sabtu ini (18 Mei 2013) di Laman Budaya, Shah Alam, Selangor dari pukul 12 tengah hari - 7 malam. Penulis tontonfilem, Fadli al-Akiti akan hadir untuk sesi tandatangan dari pukul 12 tengah hari - 4 petang. Jemput datang untuk mendapatkan ketiga-tiga buku baru kami dengan harga istimewa.

Rakaman video dari Astro Awani - 'Tonton filem dari blog ke buku'


Tonton filem' dari blog ke buku


KUALA LUMPUR: Bermula secara suka-suka dengan menulis di blog, ulasan filem Fadli Al-Akiti akhirnya dibukukan. Naskhah itu meletakkan judul yang sama seperti blognya, "Tonton Filem".

Memuatkan ulasan-ulasan filem tempatan dan antarabangsa, Fadli menerapkan elemen yang serius dan santai dalam penulisannya.

Selain menulis blog, Fadli merupakan pengarang majalah "Dewan Sastera" dan salah seorang juri untuk "Festival Filem Malaysia" ke-25.

Pengalaman peribadi sepanjang bergelar pengkritik turut dimuatkan dalam naskah tersebut. Fadli juga salah seorang pengulas tetap untuk segmen Rebiu dalam "Gala TV Plus".

Selain "Tonton Filem", dua buku lain yang dilancarkan melalui RA Fine Arts/Suara Suara Ini ialah "Landskap Kembara: Perjalanan Rencam Seniman" dan "Travelscapes: Alternative Journeys".

Majlis pelancaran diadakan pada petang Sabtu.


Tiga buku SuaraSuara dilancarkan


Petikan dari akhbar Berita Harian, 16 Mei 2013 (Ruangan Sastera, m/s 6 & 7)

Sekitar Majlis Peluncuran Buku Terbitan R A / SuaraSuara










Jemputan - Majlis Peluncuran Buku Terbitan R A / SuaraSuara



R A Fine Arts melalui imprint SuaraSuara telah menerbitkan tiga buah buku baru, tontonfilem, Landskap Kembara : Perjalanan Rencam Seniman dan Travelscapes : Alternative Journeys.

Buku tontonfilem hasil tulisan Fadli al-Akiti bermula dengan sebuah blog yang menggunakan nama yang sama. Fadli menggabungkan elemen berat dan santai dalam setiap ulasan filem yang dipaparkan di dalam buku ini.

Buku Landskap Kembara:Perjalanan Rencam Seniman menampilkan gabungan penulis generasi baru dan mapan dalam memperihalkan kembara. Ia bukan semata bersifat perjalanan fizikal tapi lebih kepada pengalaman melihat, merenung, dan berfikir semasa menanggapi suasana dimana mereka berada. Penulis-penulis muda seperti Intan Rafiza, M.F. Nasution, Masnoor Ramli Mahmud, Ameruddin Ahmad, Tabosha Maddijee dan lain-lain bergabung dengan penulis-penulis mapan seperti Siti Zainon Ismail, Nisah Haron dan Rahimidin Zahari menceritakan kisah perjalanan mereka merangkumi negara-negara Indonesia, Cuba, Afghanistan, Afrika Selatan dan Filipina.

Buku Travelscapes : Alternative Journeys merupakan salah satu usaha SuaraSuara untuk memperbanyakkan bacaan bahasa Inggeris yang berkualiti dan bermanfaat. Buku ini menampilkan penulis-penulis seperti Sheridan Mahavera, Anuar Yusof, Ted Mahsun, Raja Nadia Sabrina dan lain-lain. Pengembaraan mereka bukan sahaja melibatkan landskap fizikal semata-mata bahkan menampilkan landskap mistik dan fiksyen selain penceritaan semula dengan gaya kontemporari tentang suasana sebuah dusun durian di Jeram, Perak. Buku ini turut mengandungi sebuah pengembaraan sejarah, Majapahit oleh Zulkifli Mohamad.

Majlis peluncuran akan diadakan di Galeri R A Fine Arts pada 11 Mei 2013 jam 3 petang dengan pelakon, hos rancangan Semangat Intelek Swadaya (SIS), Diana Amir sebagai perasmi jemputan.